Laman

Senin, 18 Juli 2011

Ya Khalik ku
janji-janji Mu adalah benar
ketentuan Mu adalah benar
jika ini suatu balasan atas masa silam
ku redha atas takdir Mu

Dia akan menemukanku
Aku akan menemukan nya
di suatu hari
di suatu masa
hanya menunggu ia tiba
kerana janji Mu adalah benar

Kini separuh nafasku
telah kembali
dan aku merasa satu diri
bahagia mengucap tiap-tiap baris
menanti lorong depanku
bersinar dan berseri

Aku kembali...
dengan senyuman yang benar
dengan rasa kelapangan di dada
ku kuak jalan di hadapan
moga aku bertemu dia
yang hilang rusuk kirinya
kerana yang hilang itu
ada pada ku

Datanglah...
aku di sini menunggu
dengan rasa cinta dan kasih yang tulus

Tidak ada komentar: